Rabu, 3 Februari 2010

Pemilik Cintaku, Setelah Allah & Rasul



Alhamdulillah..seronok dapat bace novel ni. Terasa terharu dan bahagia sangat sebab suami menghadiahkan sebuah buku yang bertajuk pemilik cintaku. Banyak yang dapat saya belajar dalam buku ini. Kadang-kadang terasa juga kenapa la aku tak diketemukan buku ini terlebih awal dari dulu lagi. Penyesalan itu ada dalam hati ini. Tapi masih banyak lagi yang boleh saya pelajari di dalam novel ini. Sebuah novel yang hanya bukan sekadar novel biasa, tapi adalah novel untuk mendidik jiwa yang sentiasa dahagakan ilmu yang bermanfaat. Banyak di kisahkan mengenai saat yang dilalui semasa remaja sampailah saat berumahtangga yang penuh dengan ilmu yang dapat dikongsi bersama.

Novel ini mengisahkan perjalanan hidup seorang wanita yang sangat berhati-hati dalam menetapkan pasangan hidupnya. Keimanan yang tinggi dan kepercayaan yang menyeluruh terhadap Islam membuatkan beliau menggunakan segala pendekatan yang diajar Rasulullah SAW untuk menerima pasangan hidup yang benar-benar boleh mendidik beliau dan keluarga ke jalan syurga. Berkat kesabarannya itu, beliau akhirnya berjaya menjumpai PEMILIK CINTANYA, setelah Allah dan Rasul.