Isnin, 16 Ogos 2010

6 WANITA BURUK




Ada enam sifat wanita yang mana jika wanita memiliki salah satu dari sifat ini dinasihati dijauhi atau dilarang daripada lelaki untuk mengambilnya sebagai isteri.

Kalau wanita yang memiliki sifat-sifat ini diambil menjadi isteri nescaya ia akan mendatangkan masalah kepada si suami.

Sabda Rasulullah SAW dari sepotong hadis yang bermaksud:

"Janganlah engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah,dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah."

1 - Wanita Ananah:
Wanita yang banyak mengeluh,mengomel atau mengadu setiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumah tangganya semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2 - Wanita Mananah:
Suka membangkit-bangkit terhadap suami.Wanita ini sering menyatakan, "Aku membuat itu keranamu".wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3 - Wanita Hananah:
Wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya. (Saya teringat satu masalah dulu wujud kumpulan pencari suami bergelar datuk. Dalam kumpulan ini ada beberapa orang wanita yang sudah beristeri yang juga turut berminat untuk mendapatkan suami bergelar datuk dan berkedudukan).

4 - Wanita Hadaqah:
Wanita yang suka ikut nafsunya. Wanita sebegini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak.

5 - Wanita Baraqah:
Wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

6 - Wanita Syadaqah:
Wanita yang mulut becoh, banyak cakap. Selalu ada ditempat kenduri atau majlis-majlis keramaian. Selalunya wanita ini cuba memonopolikan majlis. Kebecohan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

Ya Allah...jahilnya diri ini...semoga diri ini dapat dibaiki dengan lebih baik... Ya Allah pimpinlah hambaMu ini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan