Khamis, 9 Disember 2010

DOA-DOA WANITA SUFI


" Ya Allah, apapun yang akan Engkau kurniakan kepadaku di dunia ini, berikanlah kepada musuh-musuh MU, dan apapun yang Engkau kurniakan kepadaku di akhirat nanti, berikanlkah kepada sahabat-sahabat Mu, kerana Engkau sendiri cukuplah bagiku."

"Ya Allah, jika aku menyembah-Mu kerana takut kepada neraka, bakarlah aku di dalam neraka: dan jika aku menyembah-Mu kerana mengharapkan syurga, maka haramkanlah aku dari memasuki syurga, tetapi jika aku menyembah-Mu demi Engkau semata, janganlah Engkau enggan memperlihatkan wajahMu yang abadi kepadaku."

"Ya Allah, semua jerih payahku dan semua hasratku di antara segala kesenangan dunia ini adalah untuk mengingati Engkau. Dan di akhirat nanti, di antara segala kesenangan di akhirat, adalah untuk berjumpa dengan-Mu. Begitulah halnya dengan diriku, seperti yang telah ku katakan. Kini perbuatlah seperti yang Engkau kehendaki."


Tiada ulasan:

Catat Ulasan