Khamis, 2 Jun 2011

SeLaMat DaTaNg BuLaN ReJaB..

Alhamdulillah dipanjatkan doa kepada Allah kerana tahun ini kita masih lagi dapat menyambut di bulan rejab yang banyak kelebihannya. Semoga kita akan dipanjangkan umur untuk terus beribadat kepada Allah s.w.t dan dapat menyambut bulan rejab, syaaban dan juga bulan yang penuh barakah iaitu bulan ramadhan.. InsyaALlah..

Bulan rejab juga ada kelebihannya tersendiri yang Allah telah beri peluang kepada kita untuk kita terus mencari pahala yang Allah beri kepada kita..

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:

"Ketahuilah bahawa bulan rejab itu adalah bulan Allah, maka barangsiapa yang berpuasa satu hari dalam bulan rejab dengan ikhlas, maka pasti ia akan mendapat keredhaan yang besar dari Allah SWT."

Marilah kita sama-sama mengambil berkat pada bulan rejab ini dengan penuh rase keinsafan dan menharapkan keredhaan Allah swt. Saya hanya 'copy' di dapat internet yang telah banyak di sebarkan tentang kelebihan bulan rejab.. Esok telah bermula 1 rejab 1432 bersamaan 3 Jun 2011. Jom sahabat kita baca dan amalkan dengan penuh istiqhomah...

Kelebihan pada bulan rejab

Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.

Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.

Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.

Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”

Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”

Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab.”

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:

“Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?”

Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.”

Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.”

Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?”

Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”

“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”

KELEBIHAN BULAN REJAB

Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.

c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.



Rabu, 13 April 2011

Segalanya Facebook!!!!

Assalammualaikum sahabat semua...

Harini saya sangat sedih apabila melihat segalanya di dalam facebook (fb). Mengapa tidak... semakin hari orang semakin taksub dengan fb...seolah2 tiada rahsia untuk semua orang.. terutamanya gambar2 peribadi kita.. gaya dan lenggok yang kita tonjolkan kepada rakan2 fb lelaki atau pun perempuan...sedangkan kawan2 dalam fb hanya beberapa saja yang kita kenal daripada kawan yang hanya kita 'approve' yang entah siapa dari mana dan bagaimana orangnya...

Banyak yang kita dengar tentang keburukan daripada kebaikan fb ni.. yang mana hendak berdakwah alhamdulillah.. teruskan dan selamat memperjuangkan agama islam walau bagaimana cara sekalipun..

Tetapi... saya sangat sedih dan cukup menekankan tentang gambar2 yang ditonjolkan...saya sendiri takut dengan apa yang mereka paparkan gambar2 mereka... terutama mandi di pantai atau sungai.. yang mana anda selalu memakai tudung kemana sahaja...tetapi apabila dipandai atau disungai...tudung sudah ditanggalkan... kemana hilangnya malu kepada mereka yang selalu melakukan demikian... gambar yang diambil semasa mandi dipantai atau disungai dipaparkan pula di khayalak fb atau laman sosial yang lain..dengan baju dan seluar yang masih melekat dibadan...kenapa mahu tunjukkan aurat kita yang selama ni kita tutup sepenuhnya...

Apakah yang mereka mahukan di fb sebenarnya...inginkan pujian?? komen?? rasa bangga diri?? rasa hebat?? malah sekarang ni seolah2 mereka berlumba2 memaparkan gambar yang lebih banyak dan pelbagai ragam dan aksi mereka... malah fb juga banyak melalaikan manusia daripada tersedar dunia yang sebenar...fb juga melalaikan kita atau memberhentikan kita dari mengingati Allah s.w.t... jarang sekali berzikir mengingati Allah sambil melihat dan membaca segala 'wall' yang dipaparkan di dalam fb.

Kepada wanita...anda harus sedar...apabila lelaki melihat anda di dalam gambar yang pelbagai aksi dan lenggok...akan memberahikan kepada kaum lelaki... tidak kan anda takut apabila kaum lelaki melihat dalam keadaan yang ghairah dan memberahikan... yang melihat bukan lah seorang tetapi boleh sampai beribu-ribu orang...
Rasulullah saw bersabda bermaksud: Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada Aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawadduk sehingga tidak ada seseorang pun merasa dirinya megah (lebih bangga diri) dari orang lain dan tidak boleh seseorang itu menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain.
(Hadis Riwayat Muslim)

dan lagi ...

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: "Sifat malu merupakan salah satu cabang daripada cabang-cabang Iman" (Riwayat Bukhari dan Muslim). Dalam sebuah hadith yang lain Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Asal iman ialah telanjang (tiada pakaian). Pakaiannya ialah takwa dan perhiasannya ialah malu."

Berdasar hal itu, malu merupakan sifat yang paling mulia yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada hamba-Nya. Seseorang yang memiliki sifat malu mampu menahan dirinya daripada melakukan sesuatu perbuatan keji. Oleh sebab itu sifat malu menjadi pelengkap kesempurnaan seseorang insan. Menurut Ibnu Maskhawaih, sifat malu merupakan sikap yang boleh mempertahankan diri daripada melakukan dosa. Orang yang malu, takut melakukan perbuatan yang tidak baik. Hakikatnya sifat ini salah satu sifat peribadi orang yang beriman.

Oleh itu, kita sebagai seorang muslim haruslah ada sifat malu yang tebal mahupun depan manusia atau kepada Allah s.w.t...kurangkan daripada memaparkan gambar2 yang tak sepatutnya dipaparkan atau yang tidak memberi faedah kepada orang lain...kurangkan juga menceritakan segala masalah atau segala hal yang tidak mendatangkan faedah dan kebaikan kepada kita semua.. hindarilah daripada tipu daya kaum yahudi yang sentiasa menyesatkan umat islam tanpa kita sedari...sudah banyak kaum yahudi memperdayakan umat islam dengan cara keseronokkan di dunia ini sehingga kita lupa pada akhirat.




Isnin, 10 Januari 2011

rifqah hanisah....

rifqah hanisah adalah puteri kesayanganku yang telah lama meninggalkan kami sekeluarga... Masih segar diingatan disaat kelahirannya pada 28/02/2010, disaat dia berjuang mempertaruhkan nyawanya di hospital selayang bahagian NICU... Tiga hari anakku berjuang menahan kesakitan yang dialami... Tetapi Allah sayang padanya dan tidak mahu anakku menahan sakit yang lebih lama lagi... puteriku telah pergi pada 03/03/2010 untuk selamanya...

Rifqah hanisah bermaksud kelembutan dan ketaqwaan... sungguh comel dirinya dan sepadan nama dengan dirinya yang sangat comel... Kerinduanku padanya sangat mendalam... Menanti kepulangan di pangkuan kami di syurga nanti... InsyaAllah...

Khamis, 9 Disember 2010

DOA-DOA WANITA SUFI


" Ya Allah, apapun yang akan Engkau kurniakan kepadaku di dunia ini, berikanlah kepada musuh-musuh MU, dan apapun yang Engkau kurniakan kepadaku di akhirat nanti, berikanlkah kepada sahabat-sahabat Mu, kerana Engkau sendiri cukuplah bagiku."

"Ya Allah, jika aku menyembah-Mu kerana takut kepada neraka, bakarlah aku di dalam neraka: dan jika aku menyembah-Mu kerana mengharapkan syurga, maka haramkanlah aku dari memasuki syurga, tetapi jika aku menyembah-Mu demi Engkau semata, janganlah Engkau enggan memperlihatkan wajahMu yang abadi kepadaku."

"Ya Allah, semua jerih payahku dan semua hasratku di antara segala kesenangan dunia ini adalah untuk mengingati Engkau. Dan di akhirat nanti, di antara segala kesenangan di akhirat, adalah untuk berjumpa dengan-Mu. Begitulah halnya dengan diriku, seperti yang telah ku katakan. Kini perbuatlah seperti yang Engkau kehendaki."


Selasa, 30 November 2010

8C Sebab Suami Benci Isteri

8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa, alpa dan lalai, ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & anak anak; keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.

C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…

C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan &tutur kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…

C3. CELUPAR
Wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan sertatindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata – mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik
lewat overtime dah syak yg bukan2…

C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….

C8 CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

Isnin, 25 Oktober 2010

RIYA' DALAM AGAMA

Hakikat Riya’

Riya’ adalah mencari kedudukan di hati manusia dengan cara melakukan ibadat dan amal-amal kebajikan. Dilihat dari segi bentuknya, maka riya’ dapat dibagi menjadi enam bagian:

  1. Riya’ lewat anggota badan, yaitu dengan cara menampakkan kurus kerempengnya badan, agar disangka orang kurang tidur (selalu bangun malam) dan banyak berpuasa, atau menampakkan rasa sedih dan iba agar disangka sangat peduli terhadap urusan agama; menampakkan kusutnya rambut agar disangka betul-betul tenggelam dalam urusan agama; menampakkan keringnya bibir dan rendahnya suara agar disangka betul-betul aktif berpuasa dan tekun berjuang.
  2. Riya’ lewat gaya penampilan, yaitu dengan cara mencukur kumis, menundukkan kepala saat berjalan, sangat berhati-hati dalam setiap gerak-geriknya, sengaja membiarkan bekas sujud dalam salat, dan memejamkan mata saat berbicara agar orang menilai bahwa dirinya betul-betul memiliki kasyaf dan wawasan pengetahuannya dalam.
  3. Riya’ lewat pakaian, yaitu dengan mengenakan baju wol dan baju kasar yang menjulur ke betis; memakai baju compang-camping dan lusuh agar orang mengira bahwa dirinya tidak sedikit pun berpaling dari mengingat Allah; mengenakan sorban dan membawa serta sajadah sebagaimana seorang tasawuf; mengenakan baju takwa agar disangka orang alim; membuat penutup di atas sorban dengan kain; memakai kaus kaki agar disangka meninggalkan hidup duniawi karena begitu kuatnya wara’, agar terhindar dari debu jalanan. Di antara mereka ada yang mencari tempat di hati orang-orang saleh. Kemudian memakai pakaian sopan, andaipun harus memakai pakaian baru, baginya seperti disembelih, karena takut orang-orang mengatakan, dirinya telah lepas dari zuhud.

    Ada juga yang ingin dekat di hati para penguasa dan pengusaha, jika la berpakaian yang indah, nanti dipuji, namun jika memakai pakaian yang kharismatik mereka tidak yakin akan zuhudnya. Lalu dia mencari pakaian bermotif warna-warni dan kain tipis, atau kain wol yang tinggi, sehingga pakaiannya cukup style dan indah seperti pakaian orang-orang kaya, namun warnanya seperti warna pakaian orang saleh. Kalau la dipaksa memakai kain usang, tentu ia sangat tersiksa, khawatir wibawanya jatuh di mata orang kaya. Kalau dipaksa memakai pakaian tenun bulu yang lengket dan pakaian biasa, yang harganya sedikit di bawah harga pakaian orang-orang kaya, la malah khawatir kedudukannya jatuh di mata orang-orang saleh. Karena mereka mengatakan, “Ia telah lepas dari zuhud.”

  4. Riya’ lewat kata-kata, seperti riya’ seorang mubaligh dan pakar. yaitu, dengan cara berkata-kata indah yang memikat; berucap dengan lagak bijak; mengutip hadis, dan kata-kata ulama salaf, dengan suara yang lembut, dan menampakkan rasa sedih dan iba, padahal dalam hatinya kosong dari nilai-nilai keikhlasan dan kejujuran. Mengaku ahli hadis, berteman para syeikh, dengan cepat-cepat menyela pembicaraan -bahwa itu benar dan tidak- agar disangka ahli ilmu pengetahuan.
    Kadang-kadang la gerakkan kedua bibirnya agar dikira ahli dzikir; amar ma’ruf di hadapan banyak orang, sementara hatinya sunyi dari usaha menjauhi maksiat. Begitu juga ketika la menampakkan amarah atas kemungkaran, merasa sedih atas kemaksiatan yang merajalela, padahal hatinya tidak demikian.
  5. Riya’ melalui amal, seperti melambatkan berdiri dan memanjangkan bacaan salat, memperbagus cara ruku’ dan sujud, tidak menoleh kanan-kiri, banyak bersedekah, puasa, berkali-kali menunaikan ibadat haji, berjalan khusyu’, padahal Allah swt. Maha Tahu batinnya, kalau la dalam keadaan sendiri tidak bergaya seperti itu semua. Bahkan jika tidak dilihat orang, la berjalan cepat, dan meremehkan salat. Jika merasa ada yang melihat, la kembali tenang agar disangka khusyu’.
  6. Riya’ karena banyak murid, dan menyebut banyak syeikh agar disangka bahwa dia betul-betul banyak berteman para syeikh. Seperti orang yang senang bila dikunjungi oleh para penguasa dan ulama, agar dia disebut-sebut banyak berkatnya.

Semua yang kami sebutkan di atas adalah jenis jenis riya’ dalam agama, bahkan tergolong dosa besar dan tentunya haram, jika berkedokkan agama dalam mewujudkan ambisi pribadi. Tetapi, bila menyangkut masalah duniawi dan tidak memperalat agama untuk mencapai maksudnya, maka bukanlah tergolong riya’ yang dilarang, sepanjang tidak mengandung unsur penipuan. Seperti perilaku budak dunia yang mencari pengaruh dengan memperbanyak harta, anak, pakaian-pakaian mahal, menjaga pemeliharaan rambut, mempelajari ilmu kedokteran, ilmu hisab, gramatikal dan lain-lain. Semuanya itu tidak dilarang oleh agama, sepanjang tidak dilakukan secara takabur atau dengan cara-cara tercela lainnya.


“Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharap keridhaan Allah, kami tidak menghendaki ‘ balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih.” (Q.s. Al-Insan:9)
“Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadat kepada Tuhannya.” (Q.s. Al-Kahfi: 110).

Dimaksud ayat tersebut adalah: Ikhlas.
Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya sesuatu yang paling kutakutkan dari kamu sekalian adalah syirik kecil.” Para sahabat bertanya, “Apakah syirik kecil itu ya Rasulullah?” Beliau menjawab, “Riya’.”

Rasul saw juga bersabda, “Kelak pada hari Kiamat, ketika Allah memberi balasan amal ibadat hamba-Nya, Dia berfirman, ‘Pergilah kamu kepada orang yang kamu perlihatkan (riya’) amalmu, apakah mereka dapat memberikan balasan kepadamu’?”
Sabda beliau pula,
“Berlindunglah kalian kepada Allah dari Jubbul Hazn!” Sahabat bertanya, “Apa Jubbul Hazn itu ya Rasulullah?” Beliau menjawab, “Yaitu suatu jurang di neraka Jahannam yang dipersiapkan bagi ahli qiraat (qurra’) yang riya’.”

Padahal Allah swt. berfirman (Hadis Qudsi), “Siapa yang beramal untuk-Ku dengan suatu amal, yang masih disertai pujian selain Aku, maka amal itu semuanya baginya, dan Aku bebas dari amal tersebut. Dan Aku adalah Maha Kaya (tidak butuh) dari segala kemusyrikan.” Sabda Rasulullah saw, “Riya’ minimal, adalah syirik.”

Rabu, 20 Oktober 2010

5 Perkara Pengubat Hati

Terdapat 5 Perkara yang merupakan ubat hati yang resah dan jiwa yang gersang. Ia juga berfungsi sebagai penyejuk hati yang dilanda berbagai keluhan dan ketidaktenteraman.

Lima Perkara tersebut adalah:

1.
Membaca Al-Quran dengan penuh khusyuk dan tawaduk serta menghayati kandungan dan maknanya.
2.
Berpuasa sunat ataupun makan yang setakat cukup, yakni tidak menuruti hawa nafsu
3.
Tekun beribadah di malam hari seperti qiamullail atau solat tahajud
4.
Berusaha mendekatkan diri dengan sentiasa berzikir bagi mengingati Allah
5.
Bercampur dan bergaul dengan orang-orang soleh dan alim ulama

Sumber:
Penawar Bagi Hati Penenang Bagi Jiwa Jilid 2