Selasa, 17 Ogos 2010

DARI MATA TURUN KE HATI... APAKAH PERASAAN INI??


Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.
Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal
dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi
laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah
rambut wanita berkenaan.

Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.
Oleh kerana itulah wanita wajib menutup
rambutnya.

Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat
bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu
kepada
kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula
bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat
warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.
Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan
sangat.

Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".

Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.
Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.

Isnin, 16 Ogos 2010

6 WANITA BURUK




Ada enam sifat wanita yang mana jika wanita memiliki salah satu dari sifat ini dinasihati dijauhi atau dilarang daripada lelaki untuk mengambilnya sebagai isteri.

Kalau wanita yang memiliki sifat-sifat ini diambil menjadi isteri nescaya ia akan mendatangkan masalah kepada si suami.

Sabda Rasulullah SAW dari sepotong hadis yang bermaksud:

"Janganlah engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah,dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah."

1 - Wanita Ananah:
Wanita yang banyak mengeluh,mengomel atau mengadu setiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumah tangganya semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2 - Wanita Mananah:
Suka membangkit-bangkit terhadap suami.Wanita ini sering menyatakan, "Aku membuat itu keranamu".wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3 - Wanita Hananah:
Wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya. (Saya teringat satu masalah dulu wujud kumpulan pencari suami bergelar datuk. Dalam kumpulan ini ada beberapa orang wanita yang sudah beristeri yang juga turut berminat untuk mendapatkan suami bergelar datuk dan berkedudukan).

4 - Wanita Hadaqah:
Wanita yang suka ikut nafsunya. Wanita sebegini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak.

5 - Wanita Baraqah:
Wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

6 - Wanita Syadaqah:
Wanita yang mulut becoh, banyak cakap. Selalu ada ditempat kenduri atau majlis-majlis keramaian. Selalunya wanita ini cuba memonopolikan majlis. Kebecohan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

Ya Allah...jahilnya diri ini...semoga diri ini dapat dibaiki dengan lebih baik... Ya Allah pimpinlah hambaMu ini...

Isnin, 21 Jun 2010

FADILAT BULAN REJAB

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya)."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda,
"Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam."

Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur)."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus"

Rasullullah s.a.w. bersabda,
"Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."

SESUNGGUH NYA KEJAYAAN KITA DUNIA DAN AKHIRAT BERGANTUNG SEJAUH MANA KITA DAPAT MENTAATI PERINTAH ALLAH S.W.T DAN MENGIKUT JEJAK LANGKAH YANG DITUNJUKI OLEH BAGINDA RASUL S.A.W.

WASSALLAM.

Selasa, 11 Mei 2010

SELAMAT HARI IBU!!!





Assalamualaikum...entry khas sempena hari ibu...selamat hari ibu buat semua ibu-ibu ya..semoga menjadi ibu yang terbaik di dunia dan diakhirat...InsyaAllah...
...Selamat hari ibu buat ibuku yang tersayang Noor Hasyimah binti Hassan dan ibu mertuaku Jamilah binti hasan… terima kasih buat keduanya yang banyak berjasa dalam hidupku...
…terima kasih buat ibuku yang banyak berjasa dalam hidup..yang menjagaku sejak kecil lagi dengan pelbagai karenah yang cukup meletihkannya…tapi, demi kesabaran seorang ibu, ibu telah berjaya membesarkan ku dengan cukup sempurna dan sekarang telah bergelar seorang isteri.
...begitu juga ibu mertuaku banyak pergorbanan yang telah curahkan kepadaku..masih teringat ibu juga sanggup menjagaku ketika didalam pantang..memasak segala makanan orang berpantang..membakar tungku untukku saban hari...menjaga aku sebaik mungkin didalam pantang..tidak membenarkan aku membasuh hatta sebiji pinggan pun ketika aku didalam pantang..hampir setiap waktu menjagaku…walaupun ibu ketika tu sudah mengalami berbagai penyakit...namun dengan sedikit kudrat yang beliau ada beliau tampilkan diri memberi pertolongan...memang besar pergorbanan ibu mertuaku... jika diberi peluang aku ingin sekali membalas jasa ibuku dan ibu mertuaku...tapi, ku tidak tahu bagaimana ingin membalas jasa ibuku dan ibu mertuaku…kini dihari ini ingin aku ucapkan....terima kasih mak dan ibu, terima kasih segalanya .......ibuku yang ku sayangi dan juga bagiku ibu mertua umpama ibu sendiri..sayangi dan hargai lah mereka sementara hayat mereka masih ada...InsyaAllah segala kebaikan yang kita berikan akan berganda dibalas oleh Allah SWT...

Selasa, 30 Mac 2010

IMTIYAAZ AROMA - Suatu Revolusi Dalam Industri Minyak Wangi Di Malaysia


Adam, Hawa, Yusuf & Zulaikha, 4 nama agung dalam sejarah Islam. Nama-nama ini diambil sebagai nama untuk Set minyak wangi terbaru keluaran Imtiyaaz Aroma Resources. Minyak wangi ini terbahagi kepada 3 set iaitu Set ADAM utk lelaki, Set HAWA untuk wanita dan Set YUSUF & ZULAIKHA adalah campuran untuk lelaki dan wanita. Setiap set mengandungi 4 botol ‘Roll On’ dan setiap satunya mengandungi haruman yang berbeza dan yang terpilih.

Bauan di dalam setiap set juga adalah yg terpilih dan semua bauan ini merupakan inspirasi dari bauan antarabangsa tetapi diberi nafas baru dengan nama-nama tokoh dalam Islam seperti Ibn Sina, Ibn Khaldun, Ibn Rusyd, Ibn Taimiyah, Ar-Razi, Al-Ghazali. Bagi wanita pula nama-nama yang terpilih ialah Balqis, Sumaiyah, Adawiyah, Asiah, Mashitah, dan Maryam. Pemilihan nama-nama ini adalah berdasarkan sumbangan mereka dalam tamadun dan sejarah Islam dan hasrat kami adalah untuk memberi peringatan kepada generasi baru tentang perjuangan mereka kepada Islam supaya tidak dilupai dan juga sebagai sumber inspirasi kepada umat Islam dan juga si pemakainya.

Minyak wangi ini juga adalah bebas dari segala unsur binatang, tidak melekit dan tidak berminyak apabila dipakai, tanpa alkohol dan boleh digunakan semasa bersolat. Bauannya tahan 8-10 jam jika dipakai di badan dan tahan sepanjang hari jika dipakai pada baju.

Harga minyak wangi ini hanya RM 24.00 di semenanjung Malaysia manakala di Sabah Sarawak ialah RM28.00 sahaja tidak termasuk kos penghantaran. Kos penghantaran hanyalah di caj sebanyak RM3.00 untuk semenanjung Malaysia sahaja.Harga yang diberikan adalah amat berpatutan dan antara yang termurah di pasaran.

  • 100 % Keluaran Bumiputera Muslim
  • Pati Minyak Wangi Tanpa Campuran Alkohol
  • Sesuai Digunakan Semasa Solat
  • 4 Jenis Wangian Botol Bersaiz 4ml Berlainan Dalam Setiap Kotak
  • Penggunaan Botol 'Roll On' Yang Mudah Dibawa
  • Wangian Tahan Sepanjang Hari
  • Bauan yang Hebat Tanpa Berbelanja Ratusan Ringgit
  • Dengan Khasiat Aromaterapi

Penggunaan Minyak Wangi Bagi Wanita Adalah Harus
Untuk Suami Tercinta Dan Keluarga Tersayang




Jika anda ingin menempah atau membuat pesanan, sila berbuat demikian:

1. Bayaran dibuat secara:-
a) Banking online atau bank in
- CIMB BANK : 06120074706529 (atas nama NURUL SYUHADA BINTI ABU HASSAN)
- MAYBANK : 106129004479 (atas nama NURUL SYUHADA BINTI ABU HASSAN

b) Secara Wang Pos atas nama dan alamat seperti berikut:

NURUL SYUHADA BINTI ABU HASSAN
AA 54/55 KG NAPI, 44200 RASA, SELANGOR DARUL EHSAN


2. jika anda telah membuat pembayaran banking online, bank in atau secara wang pos, sila maklumkan kepada Syuhada (013 9981649) atau Azri (017 3124941) melalui SMS dengan memberikan butiran seperti no reference bagi banking online atau bank in. Manakala secara wang pos hanya perlu maklumkan sahaja.


3. Barang akan sampai dalam masa 3 hari selepas pembayaran dibuat dan
pesanan telah dimaklumkan kepada kami. KOS PENGHANTARAN hanya di caj sebanyak RM3.00 sahaja.



Ya Allah....
Berkatilah hambaMu yang meneruskan sunnah UtusanMu.
Engkau muliakan dan sayangi hambaMu ini, Berkati
keluarganya, sihat tubuh badannya, limpahkan rezeki, jauhkan
daripada fitnah, penganiayaan dan penghinaan, suburkan
benih keimanan dengan penuh rasa kasih sayang serta taqwa.
Makbulkan cita-citanya yang murni.
AMIN YA RABBAL A'LAMIN

Rabu, 3 Februari 2010

Pemilik Cintaku, Setelah Allah & Rasul



Alhamdulillah..seronok dapat bace novel ni. Terasa terharu dan bahagia sangat sebab suami menghadiahkan sebuah buku yang bertajuk pemilik cintaku. Banyak yang dapat saya belajar dalam buku ini. Kadang-kadang terasa juga kenapa la aku tak diketemukan buku ini terlebih awal dari dulu lagi. Penyesalan itu ada dalam hati ini. Tapi masih banyak lagi yang boleh saya pelajari di dalam novel ini. Sebuah novel yang hanya bukan sekadar novel biasa, tapi adalah novel untuk mendidik jiwa yang sentiasa dahagakan ilmu yang bermanfaat. Banyak di kisahkan mengenai saat yang dilalui semasa remaja sampailah saat berumahtangga yang penuh dengan ilmu yang dapat dikongsi bersama.

Novel ini mengisahkan perjalanan hidup seorang wanita yang sangat berhati-hati dalam menetapkan pasangan hidupnya. Keimanan yang tinggi dan kepercayaan yang menyeluruh terhadap Islam membuatkan beliau menggunakan segala pendekatan yang diajar Rasulullah SAW untuk menerima pasangan hidup yang benar-benar boleh mendidik beliau dan keluarga ke jalan syurga. Berkat kesabarannya itu, beliau akhirnya berjaya menjumpai PEMILIK CINTANYA, setelah Allah dan Rasul.

Rabu, 30 Disember 2009

SUBUH....

Subuh Itu..

"sayang, bgn..solat subuh ye...

seorang suami mengejutkan isterinya untuk bersolat..Isteri yg terjaga tersenyum pada suaminya..bingkas ke kamar mandi untuk membersihkan diri.Agar sama-sama dapat menghadap tuhan pemilik alam semesta..


Subuh Itu II....

"Abg, bgnla !!! Letih da kejut tau..bgn pergi mandi...nanti lmbt pergi keje..Ishh,susah betul nak bgn..Hari-hari nk kene kejut.."Isteri mengejutkan suami yg asyik tidur memeluk bantal...

"awak ni pagi-pagi lagi da bising,yela saye nak bgnla ni..tak payah jerit-jerit..Saya belum pekak tau !!! suami pula membalas..

"mmgla awak tak pekak..tapi awak suka buat-buat pekak bile org kejut bgn tidur..dulu...mase belum kawin,bukan main hantar sms kejut saya bgn pagi-pagi..miscal sampai saya jwb..sekarang da kawin baru tau perangai awak yg sebenar.." isteri membalas lagi...

"sudahla..saya bgnla ni..bising betul.."suami bgn dgn mls menuju ke kamar mandi..


uhmm...
dua situasi berbeza..


wahai wanita sekalian..anda pilih suami bagaimana yg anda mahukan.. pilihlah yg beragama,sabar dan tidak berpura-pura...bagaimana mahu cari yg beragama dan baik..

anda tidak perlu bersusah payah menilik,menyelidik,memasang spy dan sebagainya..


Ape yg perlu anda lakukan ialah menjaga agama anda sendiri..
Allah telah berjanji..jika anda menjaga agama ALLAH,ALLAH sendiri akan menjaga diri anda..
maka Dia akan menghantar pasangan yg sesuai dgn keperibadian anda sendiri..
Namun jika anda sendiri tidakberakhlak dgn ALAH yang menciptakan anda..
Pasti tuhan akan memberi jodoh yg setimpal dgn amalan anda itu..
Biarpun anda pergi menyelidik,memasang spy ,serta bercinta bertahun-tahun lamanya untuk mengenali pasangan anda, natijahnya pasti tidak akan seperti yg anda harapkan..


Jadi renungkanlah wahai wanita dan pemuda sekalian..
Kebahagian sebenar yg anda idamkan dalam kehidupan adalah memperoleh pasangan yg baik dan sabar..
Kalaupun anda miskin,anda tetap tenang bersamanya kerana dia sabar dan setia..
Tapi,jika dia cantik ,bijak, berharta dan bergaya namun bila dtg ujian dari Allah semuanya akan mula nampak bosan dan menjengkelkan..


Pandangan mata selalu menipu..
Pandangan akal selalu tersalah..
Pandangan nafsu selalu melulu..
Pandangan hati itu yg hakiki...
Jika hati itu bersih..
Semuanya dari Allah Dan Kerana DIA segalanya terjadi...