Rabu, 13 April 2011

Segalanya Facebook!!!!

Assalammualaikum sahabat semua...

Harini saya sangat sedih apabila melihat segalanya di dalam facebook (fb). Mengapa tidak... semakin hari orang semakin taksub dengan fb...seolah2 tiada rahsia untuk semua orang.. terutamanya gambar2 peribadi kita.. gaya dan lenggok yang kita tonjolkan kepada rakan2 fb lelaki atau pun perempuan...sedangkan kawan2 dalam fb hanya beberapa saja yang kita kenal daripada kawan yang hanya kita 'approve' yang entah siapa dari mana dan bagaimana orangnya...

Banyak yang kita dengar tentang keburukan daripada kebaikan fb ni.. yang mana hendak berdakwah alhamdulillah.. teruskan dan selamat memperjuangkan agama islam walau bagaimana cara sekalipun..

Tetapi... saya sangat sedih dan cukup menekankan tentang gambar2 yang ditonjolkan...saya sendiri takut dengan apa yang mereka paparkan gambar2 mereka... terutama mandi di pantai atau sungai.. yang mana anda selalu memakai tudung kemana sahaja...tetapi apabila dipandai atau disungai...tudung sudah ditanggalkan... kemana hilangnya malu kepada mereka yang selalu melakukan demikian... gambar yang diambil semasa mandi dipantai atau disungai dipaparkan pula di khayalak fb atau laman sosial yang lain..dengan baju dan seluar yang masih melekat dibadan...kenapa mahu tunjukkan aurat kita yang selama ni kita tutup sepenuhnya...

Apakah yang mereka mahukan di fb sebenarnya...inginkan pujian?? komen?? rasa bangga diri?? rasa hebat?? malah sekarang ni seolah2 mereka berlumba2 memaparkan gambar yang lebih banyak dan pelbagai ragam dan aksi mereka... malah fb juga banyak melalaikan manusia daripada tersedar dunia yang sebenar...fb juga melalaikan kita atau memberhentikan kita dari mengingati Allah s.w.t... jarang sekali berzikir mengingati Allah sambil melihat dan membaca segala 'wall' yang dipaparkan di dalam fb.

Kepada wanita...anda harus sedar...apabila lelaki melihat anda di dalam gambar yang pelbagai aksi dan lenggok...akan memberahikan kepada kaum lelaki... tidak kan anda takut apabila kaum lelaki melihat dalam keadaan yang ghairah dan memberahikan... yang melihat bukan lah seorang tetapi boleh sampai beribu-ribu orang...
Rasulullah saw bersabda bermaksud: Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada Aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawadduk sehingga tidak ada seseorang pun merasa dirinya megah (lebih bangga diri) dari orang lain dan tidak boleh seseorang itu menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain.
(Hadis Riwayat Muslim)

dan lagi ...

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: "Sifat malu merupakan salah satu cabang daripada cabang-cabang Iman" (Riwayat Bukhari dan Muslim). Dalam sebuah hadith yang lain Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Asal iman ialah telanjang (tiada pakaian). Pakaiannya ialah takwa dan perhiasannya ialah malu."

Berdasar hal itu, malu merupakan sifat yang paling mulia yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada hamba-Nya. Seseorang yang memiliki sifat malu mampu menahan dirinya daripada melakukan sesuatu perbuatan keji. Oleh sebab itu sifat malu menjadi pelengkap kesempurnaan seseorang insan. Menurut Ibnu Maskhawaih, sifat malu merupakan sikap yang boleh mempertahankan diri daripada melakukan dosa. Orang yang malu, takut melakukan perbuatan yang tidak baik. Hakikatnya sifat ini salah satu sifat peribadi orang yang beriman.

Oleh itu, kita sebagai seorang muslim haruslah ada sifat malu yang tebal mahupun depan manusia atau kepada Allah s.w.t...kurangkan daripada memaparkan gambar2 yang tak sepatutnya dipaparkan atau yang tidak memberi faedah kepada orang lain...kurangkan juga menceritakan segala masalah atau segala hal yang tidak mendatangkan faedah dan kebaikan kepada kita semua.. hindarilah daripada tipu daya kaum yahudi yang sentiasa menyesatkan umat islam tanpa kita sedari...sudah banyak kaum yahudi memperdayakan umat islam dengan cara keseronokkan di dunia ini sehingga kita lupa pada akhirat.