Rabu, 30 Disember 2009

SUBUH....

Subuh Itu..

"sayang, bgn..solat subuh ye...

seorang suami mengejutkan isterinya untuk bersolat..Isteri yg terjaga tersenyum pada suaminya..bingkas ke kamar mandi untuk membersihkan diri.Agar sama-sama dapat menghadap tuhan pemilik alam semesta..


Subuh Itu II....

"Abg, bgnla !!! Letih da kejut tau..bgn pergi mandi...nanti lmbt pergi keje..Ishh,susah betul nak bgn..Hari-hari nk kene kejut.."Isteri mengejutkan suami yg asyik tidur memeluk bantal...

"awak ni pagi-pagi lagi da bising,yela saye nak bgnla ni..tak payah jerit-jerit..Saya belum pekak tau !!! suami pula membalas..

"mmgla awak tak pekak..tapi awak suka buat-buat pekak bile org kejut bgn tidur..dulu...mase belum kawin,bukan main hantar sms kejut saya bgn pagi-pagi..miscal sampai saya jwb..sekarang da kawin baru tau perangai awak yg sebenar.." isteri membalas lagi...

"sudahla..saya bgnla ni..bising betul.."suami bgn dgn mls menuju ke kamar mandi..


uhmm...
dua situasi berbeza..


wahai wanita sekalian..anda pilih suami bagaimana yg anda mahukan.. pilihlah yg beragama,sabar dan tidak berpura-pura...bagaimana mahu cari yg beragama dan baik..

anda tidak perlu bersusah payah menilik,menyelidik,memasang spy dan sebagainya..


Ape yg perlu anda lakukan ialah menjaga agama anda sendiri..
Allah telah berjanji..jika anda menjaga agama ALLAH,ALLAH sendiri akan menjaga diri anda..
maka Dia akan menghantar pasangan yg sesuai dgn keperibadian anda sendiri..
Namun jika anda sendiri tidakberakhlak dgn ALAH yang menciptakan anda..
Pasti tuhan akan memberi jodoh yg setimpal dgn amalan anda itu..
Biarpun anda pergi menyelidik,memasang spy ,serta bercinta bertahun-tahun lamanya untuk mengenali pasangan anda, natijahnya pasti tidak akan seperti yg anda harapkan..


Jadi renungkanlah wahai wanita dan pemuda sekalian..
Kebahagian sebenar yg anda idamkan dalam kehidupan adalah memperoleh pasangan yg baik dan sabar..
Kalaupun anda miskin,anda tetap tenang bersamanya kerana dia sabar dan setia..
Tapi,jika dia cantik ,bijak, berharta dan bergaya namun bila dtg ujian dari Allah semuanya akan mula nampak bosan dan menjengkelkan..


Pandangan mata selalu menipu..
Pandangan akal selalu tersalah..
Pandangan nafsu selalu melulu..
Pandangan hati itu yg hakiki...
Jika hati itu bersih..
Semuanya dari Allah Dan Kerana DIA segalanya terjadi...

Selasa, 3 November 2009

Bicara Diri Dan Iman

"aku sayang kamu!!!!

Janganlah berpisah denganku"

"apa yang boleh kau lakukan? sedangkan kau sendiri masih terpinga-pinga, tak tau mana arah tujumu"

"tolonglah, jangan berpisah denganku.. aku betul-betul sayang padamu"
"jangan tinggalkan aku"

"ah, aku tak percaya padamu.. kamu penipu. kamu pembohong!! tiada satupun kata-katamu yang boleh dipercayai"

"aku tak sengaja.. aku betul-betul sayang dan cinta padamu.."

"apa lagi yang kau mahu katakan? apa lagi yang mahu kamu tuturkan? apa lagi yang mahu kamu dustakan?"

"aku berkata benar.. aku memang sayang pada kamu.. kamu adalah hadiah terbaik dariNYA untukku..telah lama kunantikan saat ini.. untuk memulakan langkah kearah yang lebih baik.. bila diberi peluang, aku betul-betul bersyukur.. aku bersyukur kerana aku dapat kamu.. aku bersyukur kerana aku ada kamu!!! aku sayang kamu"

"memang kamu sayang padaku, tapi kamu menduakan aku!!! aku tak dapat terima semua ni. tidak, tidak sama sekali"

"aku menduakan kamu? bila?"

"jangan cuba nak berdalih. aku tahu. kamu menduakan aku dalam diam"

"aku tak pernah menduakan kamu.. sumpah"

"jangan bermain dengan sumpah.. kelak memakan diri.. mungkin kamu tak sedar, apa yang kamu lakukan.. ingatkah kamu, ketika kamu berjanji, untuk sentiasa bersama denganku.. waktu kau mula mengenal aku.. waktu tu, kamu katakan bahawa kamu akan sentiasa berusaha untuk menjaga aku, akan sentiasa membelai aku, tapi sekarang?? mana bukti kata-katamu dulu?"

"bukankah aku sentiasa disamping kamu? tidakkah kamu sedar akan kehadiranku?"

"ya, memang kamu sering disampingku, tapi, kamu juga bawa Maksiat bersama!! aku tak suka pada Maksiat.. aku benci dia.. kamu katakan kamu sayang padaku, tapi kamu juga katakan perkara yang sama pada Maksiat.. Maksiat selalu bersama tatkala kau datang bertemu denganku.. kenapa kau bawa dia?? kenapa?? kenapa?? kau menduakan aku!!! aku benci kamu"

"aku tak sengaja sayangku... maafkan aku.. aku telah cuba sedaya upaya aku untuk lari darinya. Tapi dia sentiasa mengekori aku. dia yang datang kepadaku.. aku dah cuba lari sejauh mungkin darinya.."

"ah, aku dah tak percaya kepadamu.. sudah banyak janji manis yang kau taburkan.. padaku, padaNYA.. bila kau sayangkan aku, kau menangis, merayu.. tapi, bila dia datang menyapa, kau tersenyum megah, sudah hilang tangisan dan sedumu tadi.. apa maksudmu? mahu bermain kata dengan PENCIPTA?"

"tidak.. tidak sayangku... aku tak terniat untuk bermain kata.. aku takut padaNYA.. aku takut pada azabNYA.. tapi, aku... aku sendiri tidak ada upaya untuk menghalang dia dari menghampiriku.. aku lari sejauh mungkin, dia tetap megejarku... aku melangkah ke kanan, dia datang tanpa diundang.. aku melangkah ke kiri, dia hadir tatkala aku sedang sendiri.. bukan salahku.. bukan salahku"

"kau begitu pandai bermain kata.. aku semakin hilang percaya.. tidak mungkin untuk kali kedua"

"sayang, jangan tinggalkan aku!!!!!!!!!!!"

"tidak, aku sudah tidak mahu lagi mendampingimu.. aku bosan dengan karenahmu.. selamat tinggal diri. bergembiralah dengan Maksiat yang kau puja selama ini.. tunggulah pembalasan dariNYA nanti.. barulah kau tahu, apa yang kau dustai dulu"

"sayangku, Iman... tolonglah.. jangan tinggalkan aku.. iman.. tunggu daku.. tungguuuuu..."

***************************************
terasa terpanggil untuk berkongsi dengan semua.. terasa lemah tatkala sendirian, kenikmatan berjemaah sememangnya sukar dicari ganti.. ukhuwwah itu, pastinya kurniaan ilahi yang tak mampu ana nilai dengan segala permata didunia.. sesiapapun pasti takkan meragui, betapa tinggi nilai nikmat hidayah yang ALLAH berikan kepada kita semua.. bahkan, kalau dibandingkan dengan segala yang ada didunia ini, masih tak mampu untuk membeli hidayah dari ALLAH.. hanya ALLAH yang berhak memberikan hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNYA..
Tak siapa tahu, kalau ALLAH nak tarik semula nikmat iman yang ada dalam diri kita, bila-bila saja DIA mampu lakukan.. bukankah hidayah itu milik ALLAH.. nauzubillah.. bersyukurlah kerana kita semua diberi peluang oleh ALLAH..

tapi, adakah kita betul-betul menjaganya? menjaga hidayah sebaik mungkin? diri ini sentiasa dihurung rasa bersalah.. malu pada diri sendiri.. muhasabah semula.. bila banyak masalah dan ujian menimpa, pasti ada yang tak kena.. pasti ada kesilapan yang telah kita lakukan..

hmm, dulu, naqibah ana selalu pesan.. sebelum mula usrah, kena bersihkan hati.. bersihkan diri zahir dan batin.. barulah senang nak terima nasihat dan ilmu... dan bila dah bergelar naqibah nanti, kena selalu muhasabah, kena check diri sendiri.. jangan pula kerana kita, anak-anak usrah tak dapat kefahaman yang sebetulnya, terhijab kerana dosa dan khilaf yang kita lakukan.. nau'zubillah...

oleh itu, ana menyeru diri ana dan sahabat-sahabat semua, marilah kita betulkan niat, ikhlaskan hati, sucikan diri... moga hidayah ini kekal milik kita.. muhasabah...

ana rindukan sahabat2 yang sama2 mengharungi sebuah perjuangan yang terlalu manis untuk ana ungkapkan... wassalam

Jumaat, 23 Oktober 2009

MULIANYA PENGORBANAN SEORANG ISTERI


Sanggup berpindah dari naungan keluarga sendiri dan kemudiannya menyerahkan jiwa dan raganya kepada seorang lelaki ‘asing’, bukanlah satu perkara yang mudah. Walaupun lelaki itu telah dikenalnya tapi si lelaki tetap masih orang asing dalam kehidupannya.

Kini dia menyerahkan maruah dan kehormatannya kepada lelaki itu yang mungkin akan menjadi satu-satunya teman hidupnya sampai bila-bila. Ini dikira satu pengorbanan. Mungkin boleh dikatakan, inilah pengorbanan pertama yang dilakukan oleh seorang wanita bila bergelar isteri.

Kehidupan seorang isteri dalam bahtera rumah tangga selepas itu menemukan dia pada banyak saat dan ketika di mana dia melakukan pengorbanan demi pengorbanan. Kecil atau besar, sedikit atau banyak, pengorbanan pasti ada dalam kamus hidup seorang isteri.

Waktu merelakan dirinya diambil sebagai isteri, dia telah menggadai diri dan kebebasannya untuk hidup bersama suami. Tidak ada lagi kehidupan yang agak merdeka di bawah kawalan ibu bapa. Tidak lagi bebas mengisi masa bersama teman-teman. Atau memenuhi pelbagai aktiviti dan mengejar cita-cita peribadi. Semua itu tidak dapat dikecapi lagi. Dia kini sudah terikat dengan tanggungjawab kepada suami.

Kemudian isteri akan menempuh kehidupan bersama suami tidak kira bagaimana pun bentuk kehidupan itu. Liku dan ranjau di hadapan belum diketahui. Kalaupun lebih susah dari sebelumnya, isteri selalunya sanggup berkorban dan bersusah-susah demi meneruskan hidup bersama suami.

Ada isteri yang menyimpan rahsia kesusahan hidupnya dari pengetahuan keluarga. Demi menjaga maruah suami, seboleh mungkin dia akan cuba menutup kesusahan hidupnya bersama suami. Dia tidak mahu kaum keluarganya memandang rendah pada suaminya. Lebih-lebih lagi kalau kaum keluarga si isteri lebih berdarjat dari suami. Menjaga rahsia rumah tangga dan ‘aib’ suami menjadi perjuangan dalam hidupnya. Hingga dia sanggup berkorban kerananya.
Kalaupun kehidupannya selepas berkahwin diliputi kesenangan, pasti ada waktu-waktunya isteri perlu dan harus berkorban. Si isteri sendiri mungkin tidak merasakannya sebagai satu pengorbanan kerana dia gembira melakukannya demi suami. Contoh paling mudah, isteri selalunya akan mendahulukan suami dan anak-anak lebih dari dirinya. Apa yang suami dan anak-anak teringin hendak makan misalnya, dia sanggup sediakan. Tidak mengapa kalau masakan itu bukan kegemarannya sendiri. Citarasa suami lebih penting dari citarasanya sendiri.
Isteri juga selalunya mendahulukan ibu bapa dan keluarga suami.

Kerana baginya, memuliakan keluarga suami sama seperti memuliakan suami juga.
Kehidupan seharian dalam sesebuah rumah tangga menyerlahkan banyak pengorbanan isteri. Bersengkang mata hingga jauh malam untuk membereskan urusan rumah mungkin tidak dirasakan satu pengorbanan oleh seorang isteri. Begitu juga bangkit awal pagi untuk menyediakan juadah sarapan. Kerja-kerja itu sudah dianggap ‘alah bisa tegal biasa’. Sudah menjadi kerja rutin yang setiap hari dibuat. Tetapi semua itu menuntut masa dan tenaga.

Bermakna, isteri harus korbankan masa dan kerehatannya. Mungkin juga kesihatan. Semuanya untuk memastikan rumah yang dihuni bersama suami dalam keadaan terurus. Nyaman selesa dan membuatkan suami bahagia.
Menjelang bergelar ibu, seorang isteri akan melalui ujian dan cabaran tersendiri. Namun, rasa bahagia mengandungkan anak hasil perkongsian hidup dengan suami membuatkan dia lupa penanggungannya sewaktu sarat mengandung. Memang kadang-kadang rasa agak tidak selesa dengan perut yang membesar.

Suami yang memandang pun rasa ‘rimas’ melihat pergerakan isteri yang terbatas, inikan pula isteri yang menanggungnya. Namun, rasa tidak selesa itu hilang bila timbul bayangan cahaya mata yang bakal ditimang. Isteri sanggup melalui detik ujian dan cabaran sewaktu mengandung demi kasih pada suami dan anak dalam kandungan.

Dalam keadaan sarat mengandung, isteri masih aktif di rumah. Membawa perut yang memboyot, dia masih sanggup turun ke dapur, membasuhkan pakaian suami, menjemur kain baju, basuh pinggan mangkuk, mengelap lantai, membersihkan habuk dan bermacam lagi.
Banyak kerja yang dilakukan oleh isteri ini adalah hakikatnya untuk membantu suami membereskan urusan rumah tangga. Kerja-kerja yang menjadi tanggungjawab bersama itu dibuat oleh isteri demi memberi khidmat bakti kepada suami.

Tidak ada isteri yang merungut kenapa dia harus menanggung sakit bersalin dan berpantang lepas bersalin. Sebaliknya isteri boleh senyum selepas mengalami kesakitan yang tak tertanggung sewaktu bersalin. Selepas berhempas-pulas bersabung nyawa di meja bersalin, beberapa minit kemudian dia boleh melemparkan senyum puas bila menatap wajah suami dan wajah anak yang masih merah. Bukan cerita sakit bersalin yang diluahkan pada suami, tapi cerita gembira menimang cahaya mata.

Walaupun isteri tahu sakitnya bersalin, tapi setiap kali mengandungkan anak suami, si isteri tidak pernah meluahkan rasa takut dan ngeri untuk bersalin lagi. Kalau ada suami yang pernah menemani isteri di meja bersalin dan melihat penanggungan isterinya sewaktu meneran anak, dia akan tahu beratnya sakit yang ditanggung waktu itu. Memang isteri terpaksa berhempas-pulas. Mungkin suami tidak akan sanggup melihat isteri menanggung sakit seperti itu lagi, tapi si isteri tetap bersedia mengharungi kesakitan yang sama.

Demi kegembiraan bersama memperolehi cahaya mata, soal sakit dilupa-lupakannya. Pengorbanan isteri ini, jika difahami oleh suami, pasti akan sangat dihargai. Melihat wajah anak-anak, terbayang keperitan yang dialami isteri waktu mengandung dan melahirkannya dulu.
Selepas melahirkan anak, isteri harus berkorban pula membesarkan si kecil. Menyusukannya tidak kira waktu, membersihkan najisnya, memandikannya, menyuapnya ketika sudah boleh makan, menadah telinga mendengar tangisannya bila si kecil meragam… Kemudian memenuhi tanggungjawab mendidiknya dan berdepan dengan segala kerenahnya. Belum pun anak itu cukup besar, isteri mengandung lagi dan melahirkan si adik pula.

Terpaksa pula memberi perhatian dan jagaan pada si bayi di samping meneruskan proses jagaan dan didikan kepada si abang atau si kakak. Sebahagian besar keperluan anak-anak ini, isterilah yang membereskannya. Isteri benar-benar menjadi tangan kanan suami untuk memelihara dan mendidik setiap orang anak yang lahir dari zuriat suami.

Semakin bertambah anak, semakin bertambah pula tanggungjawab isteri. Semakin banyak kerja perlu dibuat. Namun isteri masih orang yang sama, dengan kudrat fizikal dan kemampuan yang dulu. Di samping harus meneruskan layanan kepada suami dan kerja-kerja pengurusan rumah tangga yang sentiasa ada dan bertambah.

Jarang sekali ada isteri menuntut bayaran dari suami bagi kerja-kerja ‘lebih masa’ yang dibuatnya. Lebih-lebih lagi untuk menuntut gaji. Kalau suami faham dan tahu menghargainya, alhamdulillah. Kalau suami mahu sama-sama ringankan tangan untuk membantu, syukur. Kalau suami sekali-sekala mahu memberi penghargaan dalam bentuk material atau hadiah, itu dikira sudah cukup baik. Paling tidak, penghargaan dalam bentuk kata-kata, sikap dan belaian mesra pun amat tinggi harganya.

Namun, kalaupun suami tidak faham, tidak prihatin dan tidak mahu menunjukkan penghargaan serta pengiktirafan, isteri akan tetap melakukan kerja-kerja menguruskan rumah tangga.

Lebih berat tanggungjawab dan penanggungan isteri bila dia juga keluar bekerja. Di luar rumah, dia berkorban tenaga membantu suami mencukupkan sara hidup keluarga. Di rumah, dia meneruskan ‘kerjaya’ sebagai isteri, ibu dan suri rumah. Kalau tiada pembantu rumah, dia akan berdepan dengan lebih banyak kerja untuk dibereskan. Balik ke rumah, dia sanggup korbankan masa rehatnya untuk menyambung kerja yang tertangguh. Layan suami, layan anak-anak, sediakan makan minum, basuh pakaian, berkemas rumah, seterika baju dan banyak lagi.
Paling ketara bila isteri pulang kerja bersama suami. Balik ke rumah, isteri selalunya bersedia untuk ‘layan diri’ bagi apa-apa keperluannya sendiri.

Namun untuk suami, dia sanggup beri layanan istimewa. Kalau suami dilihat kepenatan, isteri sanggup melupakan kepenatannya sendiri untuk memenuhi keperluan suami. Paling tidak, terus ke dapur untuk menghidang air pelepas dahaga suami. Mengorbankan kerehatannya sendiri demi mendahulukan keperluan dan keselesaan suami.

Memang ada isteri yang merungut. Memang ada isteri yang membebel dan mengungkit. Memang ada isteri yang meluahkan rasa sakit hati bila melihat suami rehat-rehat ketika si isteri sibuk melakukan ops dapur, ops bilik air, ops bilik tidur, ops halaman dan pelbagai ‘ops’ lagi. Sebab bukan semua suami yang mahu berkongsi melakukan kerja-kerja di rumah. Bukan semua suami bersikap ‘sporting’ dan tahu menghargai susah payah isteri.

Tetapi dalam merungut dan membebel itu pun, segala kerja tetap dibuatnya. Suami hanya perlu sabar sedikit sambil menadah telinga mendengar bebelan isteri. Dalam waktu yang sama, kalau suami hendak makan, ada juadah tersedia. Hendak pakai baju, pakaian siap berbasuh. Hendak bermain-main dengan anak kecil, kencing berak anak sudah dicuci.
Kalaupun ada isteri yang menjeruk rasa kerana suami semacam tidak hargai segala khidmat baktinya, namun jarang ada isteri yang sanggup ‘mogok’ dari tugas sebagai isteri, ibu dan suri rumah.

Dia mengharap sedikit tanda berterima kasih dari suami tetapi tidak sanggup meluahkannya dengan kata-kata. Hanya gerak-geri atau ‘bahasa badannya’ saja yang berbicara. Kalau suami faham, fahamlah. Jika tidak, isteri selalunya akan hanya memendam perasaan. Hatinya mengharap dan meminta tanpa kata-kata. Atau dia akan meluahkan rasa di atas kertas.

Bila suami dilihat langsung tidak menghargai, waktu itu mungkin coretan di kertas mengganti lidah berbicara.

Berat macam mana pun kerja yang dibuatnya, isteri akan rasa puas dapat melakukannya. Dia buat kerja dengan rasa gembira. Tugas dan kerja yang nampak berat bagi suami dapat dibereskan oleh isteri dengan agak mudah dan ringan. Walaupun tika usia telah senja dan si isteri telah menjadi nenek, dia masih isteri yang dulu. Isteri yang akan sentiasa mengutamakan dan melebihkan suami.

Ini satu kelebihan wanita. Allah jadikan fitrahnya dari segi fizikal dan kehalusan perasaan, mampu menanggung segala macam tugas dan tanggungjawab dalam rumah tangga. Lebih-lebih lagi kalau isteri dapat rasakan apa yang dibuatnya itu akan membahagiakan suami dan mengganjarkan pahala dari Allah . Di situ dia mendapat motivasi dan lebih bersemangat untuk buat bermacam-macam kerja.
Suami yang faham akan menambah motivasi untuk isteri melalui ucapan terima kasih, kata-kata pujian, belaian, kasih sayang, sikap prihatin, turut membantu dan sekali-sekala memberinya hadiah. Segala penat, segala lelah dan segala penanggungan akan hilang bila semua itu suami hargai.

Rasanya tidak mungkin untuk menyenaraikan satu persatu susah payah dan pengorbanan isteri. Bentuk-bentuk pengorbanan pun tidak sama antara seorang dengan seorang yang lain. Tetapi cukuplah dikatakan bahawa sebagai suri dalam rumah tangga, isteri umumnya menanggung (suffer) banyak perkara. Isteri sanggup berkorban kerana dia rela mengutamakan, mendahulukan dan melebihkan suami berbanding dirinya.

Rabu, 9 September 2009

Jihad Di Bulan Ramadhan


Salam Perjuangan! Salam Ramadhan!

Sahabat2 semua, Ramadhan bulan yang penuh rahmat! bulan yang mana berlakunya byk perkara2 atau peristiwa2 HEBAT dlm Islam dan amat bermakna sekali utk kita hayati.

antaranya :-

1. Kitab suci kita, Al-Quran nul karim diturunkan dalam bulan mulia ini.

2. Perang Badar juga berlaku dalam bulan Ramadhan,

3. Futuhul Makkah (Pembukaan Kota Mekah) dan Penghancuran Berhala terjadi pada bulan ramadhan

4. Persiapan Perang KhandaqPersiapan dilakukan dengan mengali parit (khandaq) sekeliling kota Madinah.

5. Kewafatan Syaidatina Khadijah r.a

6. Difardukan puasa, zakat fitrah dan jihaddan banyak lagi peristiwa yang berlaku pada bulan ini, termasuklah beberapa peperangan. Tercatat sebanyak 6 kali Rasulullah melakukan peperangan melawan kaum kafir Quraishy pada bulan ramadhan termasuk perang tabuk dan yang paling hebat adalah Islam atau perjuangan Islam tidak pernah sekali-kali kalah pada bulan Ramadhan ini.

Sahabat! hidup kita jauh lebih mudah kalau kita nak bandingkan zaman Rasulullah S.A.W.. Sahabat! kalau Rasulullah S.A.W. dulu naik UNTA, kita sekarang naik KERETA, Kalau zaman Rasulullah S.A.W. nak dapat sesuap makanan pun kadang2 "MISS" tapi kita sekarang ni makan sampai TERSANDAR! kalau Rasulullah S.A.W. dulu boleh berperang tapi kita sekarang cuma pergi balik kerja sahaja itupun duduk dalam pejabat yang berhawa dingin.


Jadi sahabat logik ke kalau kita hari ini, yg kehidupan jauh lebih mudah dari zaman Rasulullah S.A.W. cepat 'LELAH', cepat 'PENAT', cepat 'LETIH', cepat 'KOMA', cepat 'DEMAM'. Takkan kita ASYIK DUDUK REHAT sahaja? Takkan kita nak tengok SAHAJA ORANG LAIN BERJAYA? Takkan kita nak JADI PENONTON sahaja?Malu kita pada Rasulullah S.A.W. sahabat2 semua. macam ni ke kualiti perjuangan kita sahabat? Rasulullah BERPERANG dalam bulan Ramadhan, apa sangat berbanding dengan nilai perjuangan kita? Jauh susah perjuangan Rasulullah S.A.W. berbanding dengan perjuangan yg sedang kita lalui hari ini.

Baiklah sahabat bukan nak hentam sekadar nak membuka minda! sekali lagi saya mengingatkan perjuangan Islam tak pernah gagal dalam bulan Ramadhan.

Jadi ambil peluang sahabat! bulan ini bulan rezeki! gandakan usaha tingkatkan gerak kerja, pasti kita akan mengecapi kejayaan.

Akhir kalam, Selamat Berpuasa & Selamat Berjuang!
Ramadhan Bulan Rezeki! Ayuh Mari Lakukan!


(Artikal ini saya dapat dr seorang sahabat saya melalui email)

Ahad, 6 September 2009

Ramadhan Datang LaGi

Alhamdulillah... harini genap 18 ramadhan 1430...ramadhan kali ini adalah ramadhan yang cukup bermakna buat saya... ramadhan yang cukup terasa kelainan dari ramadhan tahun-tahun lepas.



Teringat semasa saya masih lagi diperingkat kanak-kanak, bersahur dan berbuka bersama keluarga yang tersayang cukup bermakna dan seorang ibu sanggup melayan karena anak-anaknya semasa hendak bersahur dengan perlbagai ragam. Ada yang tertido kt atas meja, makan tak lalu, tak nak bersahur kononnya gagah untuk berpuasa pada siang. Bermacam-macam cara ibu kita berfikir macam mana nak pastikan anaknya tetap bersahur.. Sabarnya seorang ibu melayan karenah kita di pagi-pagi yang sepatutnya masih lagi di ulit mimpi. Tetapi betapa meriah dan seronoknya kita apabila tiba saat hendak berbuka. Ibu dan ayah sentiasa memenuhi kehendak saya apa yang saya hendak makan semasa berbuka. Ya Allah betapa indahnya saat-saat ini. Tetapi semuanya telah menjadi kenangan.



Apabila saya meningkat remaja, saya mula belajar berpuasa di bulan ramadhan di tempat yang lain iaitu di asrama di sekolah menengah teknik dan juga di politeknik.. Kali ini tiada lagi ibu yang akan kejutkan saya untuk bangun bersahur. Tetapi dengan kudarat yang ada, saya bangun bersama sahabat-sahabat untuk bersahur. Kadang-kadang saya akan bersahur di dewan makan. Memandangkan dewan makan agak jauh dari asrama, maka saya mengambil keputusan untuk bersahur di dalam bilik dengan berbekalkan roti dan milo. Itulah sahur saya setiap kali liat untuk ke dewan makan. Apabila tiba saat berbuka, masing-masing beratur di dalam dewan makan untuk mengambil makanan masing-masing. Di saat ini terasa rindu sangat hendak berbuka dengan ibu dan ayah yang sentiasa memenuhi kehendak kita. Di asrama saya berbuka dengan makanan yang telah diberikan oleh pekerja di dewan makan. Terpaksa makan walaupun bukan selera saya. Oh ibu..di saat ini, ku merindui masakan dari air tanganmu.



Sekarang segalanya telah berubah mengikut peredaran masa. Ramadhan kali ini adalah ramdhan yang cukup bermakna buat saya yang bergelar sebagai seorang isteri yang baru pertama kali saya menyambut ramadhan bersama suami saya yang tersayang dan saya juga bakal ibu yang cukup mencabar untuk berpuasa. Terlalu banyak rintangan apabila berpuasa dalam keadaan mengandung apabila usia kandungan masih lagi di dalam peringkat awal. Bersahur dan berbuka bersama suami terasa sangat kelainannya. Ditambahkan dengan pergi bertarawih bersama-sama di surau di mana suami saya bekerja. Cukup terharu yang mengimamkan solat tarawih itu adalah suami saya sendiri. Selepas bertarawih, kami sebagai muslimin dan juga muslimat bertadarus di surau sehingga lewat malam. Walaupun pulang lewat malam ke rumah, saya tidak rase langsung kepenatan malah hati ini sentiasa gembira dengan apa yang saya lalui bersama suami. Tetapi kelainan yang dapat saya rasekan kali ini adalah ketenangan, saya terasa cukup-cukup tenang. Ya Allah, ku memohon agar ketenangan ini sentiasa di hatiku untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang isteri dan bakal seorang ibu.

Terasa diri ini hendak menitis air mata bile memikirkan peredaran yang telah ku lalui selama ini. Allah sentiasa menyayangi kite, sedangkan kite hanya kadang-kadang mengingatiNya. Ramadhan kali ini cukup indah buat diriku. Marilah kita sama-sama mengejar malam lailatul qadar yang sudah semakin hampir dengan kita.

Selamat berpuasa,
Salam ramadhan al-mubarak.

Selasa, 1 September 2009

Kisah Seekor Kupu-kupu

Sedang bersiar-siar di taman, seorang lelaki telah menemui kepompong kupu-kupu di tengah jalan. Ada lubang kecil pada kepompong tersebut. Lubang itu diamatinya. Ia mendapati ada kupu-kupu sedang berjuang membebaskan diri melalui lubang kecil itu.



Kemudian kupu-kupu itu berhenti mencuba. Ia kelihatan telah berusaha keras dan kini tidak mampu untuk melakukan lebih jauh lagi. Akhirnya lelaki tersebut mengambil keputusan membantu kupu-kupu itu. Diambilnya gunting dan dipotong sisa kekangan dari kepompong tersebut.



Lantas, kupu-kupu berjaya keluar dengan mudah. Namun, ia memiliki tubuh gembung dan kecil, sayapnya berkeriut. Lelaki tersebut terus mengamatinya sambil berharap sayap-sayap itu akan mekar dan melebar sehingga mampu menampung tubuh kupu-kupu itu, yang mungkin akan berkembang seiring dengan berjalannya waktu. Namun, harapannya hanya tinggal harapan.



Hakikatnya, kupu-kupu itu terpaksa menghabiskan sisa hidupnya dengan tubuh gembung dan sayap-sayap berkeriut tidak sempurna. Ia tidak pernah mampu terbang. Salah siapa?



Lelaki yang membantu kupu-kupu tersebut tidak mengerti bahawa kupu-kupu itu perlu berjuang dengan sedaya usahanya sendiri untuk membebaskan diri dari kepompongnya. Lubang kecil yang perlu dilalui kupu-kupu tersebut akan memaksa cairan dari tubuh kupu-kupu itu de dalam sayap-sayapnya sehingga ia akan siap terbang dan memperoleh kebebasan dari kepompong tersebut.



Manusia dan perjuangan tidak mampu untuk dipisahkan! tanpa perjuangan, kita mungkin menjadi insan yang lemah dan tidak tahan ujian. Kita mungkin sekali tidak kuat dalam menempuh rintangan bagi mencapai cita-cita dan harapan. Mungkin juga, kita tidak kan mampu 'terbang' jauh dek kelemahan kita sendiri.



Perlu direnung sejenak. Sejauh mana kita tahan dalam ujian? Perlu berusaha keras dan menggapai cita-cita. Chayok-chayok!! "Patutkah, manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata, 'Kami beriman', sedang mereka tidak diuji(dengan sesuatu cubaan)?" al-Ankabut:2.