Ahad, 6 September 2009

Ramadhan Datang LaGi

Alhamdulillah... harini genap 18 ramadhan 1430...ramadhan kali ini adalah ramadhan yang cukup bermakna buat saya... ramadhan yang cukup terasa kelainan dari ramadhan tahun-tahun lepas.



Teringat semasa saya masih lagi diperingkat kanak-kanak, bersahur dan berbuka bersama keluarga yang tersayang cukup bermakna dan seorang ibu sanggup melayan karena anak-anaknya semasa hendak bersahur dengan perlbagai ragam. Ada yang tertido kt atas meja, makan tak lalu, tak nak bersahur kononnya gagah untuk berpuasa pada siang. Bermacam-macam cara ibu kita berfikir macam mana nak pastikan anaknya tetap bersahur.. Sabarnya seorang ibu melayan karenah kita di pagi-pagi yang sepatutnya masih lagi di ulit mimpi. Tetapi betapa meriah dan seronoknya kita apabila tiba saat hendak berbuka. Ibu dan ayah sentiasa memenuhi kehendak saya apa yang saya hendak makan semasa berbuka. Ya Allah betapa indahnya saat-saat ini. Tetapi semuanya telah menjadi kenangan.



Apabila saya meningkat remaja, saya mula belajar berpuasa di bulan ramadhan di tempat yang lain iaitu di asrama di sekolah menengah teknik dan juga di politeknik.. Kali ini tiada lagi ibu yang akan kejutkan saya untuk bangun bersahur. Tetapi dengan kudarat yang ada, saya bangun bersama sahabat-sahabat untuk bersahur. Kadang-kadang saya akan bersahur di dewan makan. Memandangkan dewan makan agak jauh dari asrama, maka saya mengambil keputusan untuk bersahur di dalam bilik dengan berbekalkan roti dan milo. Itulah sahur saya setiap kali liat untuk ke dewan makan. Apabila tiba saat berbuka, masing-masing beratur di dalam dewan makan untuk mengambil makanan masing-masing. Di saat ini terasa rindu sangat hendak berbuka dengan ibu dan ayah yang sentiasa memenuhi kehendak kita. Di asrama saya berbuka dengan makanan yang telah diberikan oleh pekerja di dewan makan. Terpaksa makan walaupun bukan selera saya. Oh ibu..di saat ini, ku merindui masakan dari air tanganmu.



Sekarang segalanya telah berubah mengikut peredaran masa. Ramadhan kali ini adalah ramdhan yang cukup bermakna buat saya yang bergelar sebagai seorang isteri yang baru pertama kali saya menyambut ramadhan bersama suami saya yang tersayang dan saya juga bakal ibu yang cukup mencabar untuk berpuasa. Terlalu banyak rintangan apabila berpuasa dalam keadaan mengandung apabila usia kandungan masih lagi di dalam peringkat awal. Bersahur dan berbuka bersama suami terasa sangat kelainannya. Ditambahkan dengan pergi bertarawih bersama-sama di surau di mana suami saya bekerja. Cukup terharu yang mengimamkan solat tarawih itu adalah suami saya sendiri. Selepas bertarawih, kami sebagai muslimin dan juga muslimat bertadarus di surau sehingga lewat malam. Walaupun pulang lewat malam ke rumah, saya tidak rase langsung kepenatan malah hati ini sentiasa gembira dengan apa yang saya lalui bersama suami. Tetapi kelainan yang dapat saya rasekan kali ini adalah ketenangan, saya terasa cukup-cukup tenang. Ya Allah, ku memohon agar ketenangan ini sentiasa di hatiku untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang isteri dan bakal seorang ibu.

Terasa diri ini hendak menitis air mata bile memikirkan peredaran yang telah ku lalui selama ini. Allah sentiasa menyayangi kite, sedangkan kite hanya kadang-kadang mengingatiNya. Ramadhan kali ini cukup indah buat diriku. Marilah kita sama-sama mengejar malam lailatul qadar yang sudah semakin hampir dengan kita.

Selamat berpuasa,
Salam ramadhan al-mubarak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan