Rabu, 9 September 2009

Jihad Di Bulan Ramadhan


Salam Perjuangan! Salam Ramadhan!

Sahabat2 semua, Ramadhan bulan yang penuh rahmat! bulan yang mana berlakunya byk perkara2 atau peristiwa2 HEBAT dlm Islam dan amat bermakna sekali utk kita hayati.

antaranya :-

1. Kitab suci kita, Al-Quran nul karim diturunkan dalam bulan mulia ini.

2. Perang Badar juga berlaku dalam bulan Ramadhan,

3. Futuhul Makkah (Pembukaan Kota Mekah) dan Penghancuran Berhala terjadi pada bulan ramadhan

4. Persiapan Perang KhandaqPersiapan dilakukan dengan mengali parit (khandaq) sekeliling kota Madinah.

5. Kewafatan Syaidatina Khadijah r.a

6. Difardukan puasa, zakat fitrah dan jihaddan banyak lagi peristiwa yang berlaku pada bulan ini, termasuklah beberapa peperangan. Tercatat sebanyak 6 kali Rasulullah melakukan peperangan melawan kaum kafir Quraishy pada bulan ramadhan termasuk perang tabuk dan yang paling hebat adalah Islam atau perjuangan Islam tidak pernah sekali-kali kalah pada bulan Ramadhan ini.

Sahabat! hidup kita jauh lebih mudah kalau kita nak bandingkan zaman Rasulullah S.A.W.. Sahabat! kalau Rasulullah S.A.W. dulu naik UNTA, kita sekarang naik KERETA, Kalau zaman Rasulullah S.A.W. nak dapat sesuap makanan pun kadang2 "MISS" tapi kita sekarang ni makan sampai TERSANDAR! kalau Rasulullah S.A.W. dulu boleh berperang tapi kita sekarang cuma pergi balik kerja sahaja itupun duduk dalam pejabat yang berhawa dingin.


Jadi sahabat logik ke kalau kita hari ini, yg kehidupan jauh lebih mudah dari zaman Rasulullah S.A.W. cepat 'LELAH', cepat 'PENAT', cepat 'LETIH', cepat 'KOMA', cepat 'DEMAM'. Takkan kita ASYIK DUDUK REHAT sahaja? Takkan kita nak tengok SAHAJA ORANG LAIN BERJAYA? Takkan kita nak JADI PENONTON sahaja?Malu kita pada Rasulullah S.A.W. sahabat2 semua. macam ni ke kualiti perjuangan kita sahabat? Rasulullah BERPERANG dalam bulan Ramadhan, apa sangat berbanding dengan nilai perjuangan kita? Jauh susah perjuangan Rasulullah S.A.W. berbanding dengan perjuangan yg sedang kita lalui hari ini.

Baiklah sahabat bukan nak hentam sekadar nak membuka minda! sekali lagi saya mengingatkan perjuangan Islam tak pernah gagal dalam bulan Ramadhan.

Jadi ambil peluang sahabat! bulan ini bulan rezeki! gandakan usaha tingkatkan gerak kerja, pasti kita akan mengecapi kejayaan.

Akhir kalam, Selamat Berpuasa & Selamat Berjuang!
Ramadhan Bulan Rezeki! Ayuh Mari Lakukan!


(Artikal ini saya dapat dr seorang sahabat saya melalui email)

Ahad, 6 September 2009

Ramadhan Datang LaGi

Alhamdulillah... harini genap 18 ramadhan 1430...ramadhan kali ini adalah ramadhan yang cukup bermakna buat saya... ramadhan yang cukup terasa kelainan dari ramadhan tahun-tahun lepas.



Teringat semasa saya masih lagi diperingkat kanak-kanak, bersahur dan berbuka bersama keluarga yang tersayang cukup bermakna dan seorang ibu sanggup melayan karena anak-anaknya semasa hendak bersahur dengan perlbagai ragam. Ada yang tertido kt atas meja, makan tak lalu, tak nak bersahur kononnya gagah untuk berpuasa pada siang. Bermacam-macam cara ibu kita berfikir macam mana nak pastikan anaknya tetap bersahur.. Sabarnya seorang ibu melayan karenah kita di pagi-pagi yang sepatutnya masih lagi di ulit mimpi. Tetapi betapa meriah dan seronoknya kita apabila tiba saat hendak berbuka. Ibu dan ayah sentiasa memenuhi kehendak saya apa yang saya hendak makan semasa berbuka. Ya Allah betapa indahnya saat-saat ini. Tetapi semuanya telah menjadi kenangan.



Apabila saya meningkat remaja, saya mula belajar berpuasa di bulan ramadhan di tempat yang lain iaitu di asrama di sekolah menengah teknik dan juga di politeknik.. Kali ini tiada lagi ibu yang akan kejutkan saya untuk bangun bersahur. Tetapi dengan kudarat yang ada, saya bangun bersama sahabat-sahabat untuk bersahur. Kadang-kadang saya akan bersahur di dewan makan. Memandangkan dewan makan agak jauh dari asrama, maka saya mengambil keputusan untuk bersahur di dalam bilik dengan berbekalkan roti dan milo. Itulah sahur saya setiap kali liat untuk ke dewan makan. Apabila tiba saat berbuka, masing-masing beratur di dalam dewan makan untuk mengambil makanan masing-masing. Di saat ini terasa rindu sangat hendak berbuka dengan ibu dan ayah yang sentiasa memenuhi kehendak kita. Di asrama saya berbuka dengan makanan yang telah diberikan oleh pekerja di dewan makan. Terpaksa makan walaupun bukan selera saya. Oh ibu..di saat ini, ku merindui masakan dari air tanganmu.



Sekarang segalanya telah berubah mengikut peredaran masa. Ramadhan kali ini adalah ramdhan yang cukup bermakna buat saya yang bergelar sebagai seorang isteri yang baru pertama kali saya menyambut ramadhan bersama suami saya yang tersayang dan saya juga bakal ibu yang cukup mencabar untuk berpuasa. Terlalu banyak rintangan apabila berpuasa dalam keadaan mengandung apabila usia kandungan masih lagi di dalam peringkat awal. Bersahur dan berbuka bersama suami terasa sangat kelainannya. Ditambahkan dengan pergi bertarawih bersama-sama di surau di mana suami saya bekerja. Cukup terharu yang mengimamkan solat tarawih itu adalah suami saya sendiri. Selepas bertarawih, kami sebagai muslimin dan juga muslimat bertadarus di surau sehingga lewat malam. Walaupun pulang lewat malam ke rumah, saya tidak rase langsung kepenatan malah hati ini sentiasa gembira dengan apa yang saya lalui bersama suami. Tetapi kelainan yang dapat saya rasekan kali ini adalah ketenangan, saya terasa cukup-cukup tenang. Ya Allah, ku memohon agar ketenangan ini sentiasa di hatiku untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang isteri dan bakal seorang ibu.

Terasa diri ini hendak menitis air mata bile memikirkan peredaran yang telah ku lalui selama ini. Allah sentiasa menyayangi kite, sedangkan kite hanya kadang-kadang mengingatiNya. Ramadhan kali ini cukup indah buat diriku. Marilah kita sama-sama mengejar malam lailatul qadar yang sudah semakin hampir dengan kita.

Selamat berpuasa,
Salam ramadhan al-mubarak.

Selasa, 1 September 2009

Kisah Seekor Kupu-kupu

Sedang bersiar-siar di taman, seorang lelaki telah menemui kepompong kupu-kupu di tengah jalan. Ada lubang kecil pada kepompong tersebut. Lubang itu diamatinya. Ia mendapati ada kupu-kupu sedang berjuang membebaskan diri melalui lubang kecil itu.



Kemudian kupu-kupu itu berhenti mencuba. Ia kelihatan telah berusaha keras dan kini tidak mampu untuk melakukan lebih jauh lagi. Akhirnya lelaki tersebut mengambil keputusan membantu kupu-kupu itu. Diambilnya gunting dan dipotong sisa kekangan dari kepompong tersebut.



Lantas, kupu-kupu berjaya keluar dengan mudah. Namun, ia memiliki tubuh gembung dan kecil, sayapnya berkeriut. Lelaki tersebut terus mengamatinya sambil berharap sayap-sayap itu akan mekar dan melebar sehingga mampu menampung tubuh kupu-kupu itu, yang mungkin akan berkembang seiring dengan berjalannya waktu. Namun, harapannya hanya tinggal harapan.



Hakikatnya, kupu-kupu itu terpaksa menghabiskan sisa hidupnya dengan tubuh gembung dan sayap-sayap berkeriut tidak sempurna. Ia tidak pernah mampu terbang. Salah siapa?



Lelaki yang membantu kupu-kupu tersebut tidak mengerti bahawa kupu-kupu itu perlu berjuang dengan sedaya usahanya sendiri untuk membebaskan diri dari kepompongnya. Lubang kecil yang perlu dilalui kupu-kupu tersebut akan memaksa cairan dari tubuh kupu-kupu itu de dalam sayap-sayapnya sehingga ia akan siap terbang dan memperoleh kebebasan dari kepompong tersebut.



Manusia dan perjuangan tidak mampu untuk dipisahkan! tanpa perjuangan, kita mungkin menjadi insan yang lemah dan tidak tahan ujian. Kita mungkin sekali tidak kuat dalam menempuh rintangan bagi mencapai cita-cita dan harapan. Mungkin juga, kita tidak kan mampu 'terbang' jauh dek kelemahan kita sendiri.



Perlu direnung sejenak. Sejauh mana kita tahan dalam ujian? Perlu berusaha keras dan menggapai cita-cita. Chayok-chayok!! "Patutkah, manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata, 'Kami beriman', sedang mereka tidak diuji(dengan sesuatu cubaan)?" al-Ankabut:2.